Tuesday 2 July 2013

Kampung Cina Suatu Ketika

Karya ini dilukis semasa menyertai pertandingan melukis Citra Terengganu di Muzium Losong pada 29 jun-1 Julai 2013. Menggunakan media akrilik dan kanvas, karya ini menceritakan panorama fasad Kg Cina Kuala Terengganu yang dilihat dari sungai Terengganu pada suatu ketika dulu. Kini elemen fasad rumah kedai Kg Cina di gigi Sungai Terengganu yang dibina secara terapung telah ditiadakan dan digantikan dengan tambakan tanah yang dikenali sebagai Pulau Warisan.  Walaupun fasad dan skyline Bandaraya Kuala Terengganu telah berubah, kehadiran bot penambang masih kekal hingga kini dan menjadi ikon pengangkutan di Sungai Terengganu.




2 comments:

  1. Terbaik tuan guru...
    Berhasrat untuk join tahun hadapan.

    ReplyDelete
  2. hahaha pantas encik kim mengomen....jom join skali tahun depan

    ReplyDelete